
Oleh kerana terlalu inginkan menu Nasi Kandar yang dah aku x jamah sedari 01 Nov 09, maka pagi tadi selepas keje jam 1030h aku terus ajak kawan g ke syurga nasi kandar aku di KL ni....
Restaurant Pelita Nasi Kandar, Jalan Ampang....
Maklum lah kampung halaman ku di Penang, so kuah kari dan Nasi Kandar ni dah sebati dengan darah daging ku...walaupun aku di lahirkan di Kuantan, Pahang......
Yang bestnya masa di restaurant tu, aku saja je duduk di meja berhadapan dengan kaunter lauk pauk nasi kandar. Pendek kata segala lauk tu aku nampak...malah staf Restaurant tu cendok nasi pun aku nampak.......
Aduh....Masa tu, bertapa terseksanya jiwa raga ku, iman ku di goncang laksana gempa bumi di Padang, Sumetra tempohari....... Pinggan demi pinggan nasi yang di ceduk dek staff restaurant.... Di gelek - geleknya pinggan tu masa menumpahkan kuah2 kari pelbagai jenis.. ...
Sekarang ni pun aku masih terbayang2kan gelekannya itu laksana gelekan Mas Idayu..
Maka dgn tu, aku pun pesan Roti Nan Kosong dengan kuah kari campur kegemaran ku ( Early Lunch ) selama ini dengan 2 gelas air putih..........NASI....tunggu pas abis 99HTN ni ......


Kuala Lumpur Time
0 comments:
Post a Comment